The life of msyunis
Assalamualaikum :)
First of all, I did not expect people will read this post. Satu, sebab ini blog baru. Dua, sebab blog ni tak ada followers haha. Actually I am the previous owner of cikyunis.blogspot.com. Ye saya :) Hampir 10 tahun berblogging sejak 2010 sehingga tahun 2019 sis ambil keputusan untuk terminate blog tersebut. Perasaan sedih tu dah sama macam hilang anak haha. Kalau nak cerita kisah kenapa sis delete blog dulu sis kena buat satu lagi post. Tapi cikyunis.blogspot.com mempunyai banyak kenangan sebab sis banyak belajar menulis untuk pembaca faham, berkongsi ilmu dan sebagainya melalui blog tu. Antara post dulu yang paling famous ialah "Perbandingan antara Pelajar Sains dan Pelajar Perakauan". View post itu saja memcecah ribuan views dan mempunyai jumlah komen paling tinggi. Sis rasa bersalah sangat disebabkan post itu telah di auto-delete kerana tercalit sekali dengan pembubaran blog cikyunis.blogspot.com :'(
Pada tahun 2008-2010 sebelum dunia Facebook, dunia Blogger tengah sama-sama naik dengan Myspace. Zaman tu adalah zaman semua orang berlumba-lumba mencantikkan profile masing-masing. Ada lagu, backgound bergerak dan banyak lagi. Hahaha. Antara bloggers yang famous masa zaman tu adalah Hanis Zalikha, Maria Elena, Honey Koyuki. Sis pun tak kurang hebatnya hahaha. Boleh lah jumlah followers celah gigi seramai 300+ followers. Hahaha.
Seorang budak perempuan belasan tahun pada 10 tahun dahulu kini telah menjadi seorang wanita berumur 26 tahun, sudah bergraduasi, mempunyai pekerjaan dan tak lama lagi akan bertukar status menjadi seorang isteri dalam masa 3 bulan akan datang. Insya-Allah. Cepatnya masa berlalu kan.
Menjadi seorang yang berumur mid-20s sebenarnya sangat mencabar. I'm sure ramai lagi kawan-kawan sebaya sis yang tengah struggle teruk sekarang ni untuk teruskan hidup kan :( Setiap orang mempunyai cabaran kehidupan masing-masing tidak kira awak berstatus ibu, isteri atau bujang. Kadang-kadang tu kita terasa seperti nak bertukar jadi budak kecik balik sebab merasakan hidup kita masa kecik terasa bahagia sangat-sangat kan haha.
Tetapi, ini lah yang dinamakan kehidupan. Pasang-surut kehidupan yang membuatkan kita menjadi semakin matang. Pengalaman dan kesilapan lampau menjadi guru untuk kita tidak mengulangi kesilapan tersebut dan teruskan kehidupan demi anak, pasangan atau keluarga tercinta.
Whatever happens, we should not compare ourselves to people higher than us, but look at most of the unfortunates around us hence we will be more grateful :)
Love
-msyunis

Comments
Post a Comment